|
Akidah Ahli Sunnah Waljamaah |
||||
|
|
||||
|
Terdapat banyak golongan yang menyeleweng daripada Ahli Sunnah Wal-Jamaah dan didalam tajuk ini, kita akan menerangkan satu persatu mengenainya. |
||||
| 3. |
MURJI`AH |
|||
|
Perkataan Murji`ah dari
kata “Irja” ertinya menangguhkan. Kaum Murji`ah ertinya kaum yang
menangguhkan |
||||
|
Kaum Murji`ah ialah umat Islam yang menjauhkan diri dari pertikaian dan tidak mahu menyalahkan orang lain serta tidak mahu ikut-ikutan menghukumkan kafir atau salah. Jika ditanya bagaimana pendapat mereka tentang Muawiyah dan anaknya Yazid, tentang sikap kaum Khawarij dan Syiah yang melampau, atau ditanya mana yang benar antara Sayidina Usman bin Affan dengan penentang-penentangnya, mereka akan menjawab: Kita tangguhkan persoalannya di hadapan Tuhan kelak dan di situlah nanti kita lihat mana yang benar.
|
||||
|
Pemimpin kaum Murji`ah ialah Hasan bin Bilal al-Muzni, Abu Salat al-Samman (meninggal dunia pada tahun 152H), Thauban dan Dhirar bin Umar. |
||||
| DI ANTARA IKTIKAD KAUM MURJI`AH IALAH: | ||||
| i. |
Iman itu ialah mengenal Tuhan dan
Rasul-rasulNya. Kalau sudah mengenal Tuhan dan RasulNya, maka itu
sudah cukup dan sudah menjadi mukmin. |
|||
| ii. |
Berbuat dosa tidak mengapa kalau sudah
mengenal Allah dan RasulNya. |
|||
| iii. | Orang yang bersalah harus ditangguhkan hukumannya sampai ia dihadapkan kepada Allah. | |||
| Disediakan Oleh: | ||||
![]() |
Unit Media Elektronik Pusat Da'wah Islamiah |
|||