|
Berniaga atau berjual
beli amatlah penting untuk keperluan hidup seharian manusia dalam
mencapai kemakmuran dan kesejahteraan, maka dalam hal pertukaran
harga dengan barang hendaklah dilakukan dengan jujur dari kedua
belah pihak iaitu di antara pembeli dan penjual.
Dalam hadits ini, Rasulullah Shallallahu ‘Alaihissalam menyatakan
bahawa orang yang menjual sesuatu barang yang cacat yang sengaja
tidak dilahirkan atau diterangkan kepada pembeli, maka di sepanjang
masa ia akan berada dalam kemurkaan Allah Subhanahu wa Ta’ala dan
selain itu malaikat pula akan melaknatnya.
Balasan demikian adalah wajar dengan keadilan, kerana yang melakukan
perbuatan itu telah merosakkan peraturan hidup yang wajib dipatuhi
untuk mencapai faedah bersama.
|