|
Taqwim Hijrah |
||
|
|
||
|
~~ RABI’UL AKHIR (ربيع الأخير) ~~ |
||
|
|
||
|
- |
Bulan Rabi’ulakhir adalah bulan keempat mengikut perkiraan takwim Islam yang berdasarkan tahun Qamariah. |
|
|
- |
Rabi’ulakhir ertinya musim bunga yang terakhir. |
|
|
- |
Bulan
ini juga dikenali dengan Rabi’uth thani (ربيع الثانى), ertinya musim
bunga yang kedua. |
|
|
- |
Pada waktu itu biasanya
tanaman-tanaman di Tanah Arab akan mengalami peringkat akhir
berbunga sebelum musim sejuk tiba. |
|
| - |
Salah satu peristiwa
yang berlaku dalam sejarah Islam pada bulan ini ialah : |
|
|
|
Terbentuknya kerajaan Bani Umaiyah apabila
Saiyidina Hassan bin Ali radiallahu anhuma menyerahkan kuasa
pemerintahan kepada Muawiyah bin Abu Sufyan. |
|
|
|
||
|
|
||
|
~~ JAMADIL AWAL (جمادى الأوّل) ~~ |
||
|
- |
Bulan Jamadilawal
adalah bulan kelima mengikut perkiraan takwim Islam yang berdasarkan
tahun Qamariah. |
|
|
- |
Jamadilawal
ertinya musim sejuk yang pertama atau musim kering yang pertama. |
|
|
- |
Pada waktu itu
biasanya cuaca begitu sejuk. Tanah Arab mula mengalami masalah
kekeringan air. |
|
| - | Salah satu peristiwa yang berlaku dalam sejarah Islam pada bulan ini ialah : | |
|
|
Menantu Rasulullah
sallallahu alaihi wasallam iaitu Saiyidina Ali bin Abu Thalib
karramallahu wajhah dilahirkan iaitu pada 8 Jamadilawal. Beliau juga
adalah sepupu Rasulullah sallallahu alaihi wasallam dan menjadi
Khulafa Ar-Rasyidin yang keempat. |
|
|
|
||
|
|
||
|
~~ JAMADILAKHIR (جمادى الأخير) ~~ |
||
| - |
Bulan Jamadilakhir
adalah bulan keenam mengikut perkiraan takwim Islam yang berdasarkan
tahun Qamariah. |
|
| - | Jamadilakhir ertinya musim sejuk yang terakhir atau musim kering yang terakhir. | |
| - |
Di antara
peristiwa yang berlaku dalam sejarah Islam pada bulan ini ialah : |
|
|
Puteri Rasulullah
sallallahu alaih wasallam iaitu Saiyidatina Fatimah az-Zahra
dilahirkan iaitu pada tahun ke 5 sebelum Nabi Muhammad sallallahu
alaihi wasallam menjadi Rasul. |
||
|
Disediakan Oleh: |
||
|
|
Unit Media Elektronik Pusat Da'wah Islamiah |
|