SYAWAL (شوّال)

ü      Bulan Syawal adalah bulan kesepuluh mengikut perkiraan takwim Islam yang berdasarkan tahun Qamariah.

ü      Pada 1 Syawal umat Islam merayakan Hari Raya Aidil Fitri iaitu perayaan setelah menjalani ibadah puasa pada bulan Ramadan.

ü      Di bulan ini juga umat Islam disunatkan berpuasa selama enam hari.

ü       Di antara peristiwa yang berlaku dalam sejarah Islam pada bulan ini ialah

F  Rasulullah sallallahu alaihi wasallam mengahwini Saiyidatina Aisyah radiallahu anha.

F  Puteri Rasulullah, Saiyidatina Fatimah Az-Zahra’ berkahwin dengan Ali bin Abu Thalib, iaitu pada tahun ke 2 hijrah.



    ZULKAEDAH (ذوالقعـدة)
 

ü      Bulan Zulkaedah adalah bulan kesebelas mengikut perkiraan takwim Islam yang berdasarkan tahun Qamariah.

ü      Zulkaedah diambil daripada perkataan yang membawa maksud “untuk duduk”.

ü      Pada waktu itu orang-orang Arab mula menghentikan aktiviti-aktiviti mereka seperti berniaga. Mereka hanya duduk di rumah dan membuat persediaan untuk menunaikan haji.

ü      Di antara peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam pada bulan ini ialah:

F  Termeterainya perjanjian Hudaibiyah antara kerajaan Islam Madinah dan kerajaan Musyrikin Makkah. Ini berlaku pada tahun ke 6 hijrah. Syarat-syarat di dalam perjanjian tersebut pada zahirnya memihak kepada kaum Musyrikin, namun hakikatnya menguntungkan umat Islam.

F Rasulullah sallallahu alaihi wasallam dengan diiringi oleh lebih seratus ribu jamaah telah berangkat meninggalkan Madinah menuju Makkah untuk menunaikan ibadah haji, yang kemudiannya dikenali dengan Hajjatul Wada’ (Haji Perpisahan). Peristiwa ini berlaku pada 25 Zulkaedah tahun ke 10 hijrah.

 

ZULHIJJAH (ذوالحجّة)

ü      Bulan Zulhijjah adalah bulan keduabelas iaitu bulan terakhir mengikut perkiraan takwim Islam yang berdasarkan tahun Qamariah

ü      Zulhijjah ertinya yang empunya haji.

ü      Pada bulan ini umat Islam yang mampu berkunjung ke tanah suci Makkah untuk menunaikan rukun Islam kelima, iaitu ibadah haji.

ü      Pada bulan ini juga umat Islam merayakan Hari Raya Aidil Adha, juga disebut Hari Raya Korban, iaitu setiap 10 Zulhijjah, dan diikuti dengan Hari-Hari Tasyrik iaitu pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah. 

 


Disediakan oleh:
Unit Media Elektronik
Pusat Da'wah Islamiah