PGGMB MEMBINA SEBUAH LAGI SEKOLAH BARU
Persatuan Guru-Guru Melayu Brunei, PGGMB membina sebuah
lagi sekolah baru dalam usahanya memberi kemudahan dan
keselesaan khususnya kepada para penuntut di negara ini.
Setakat ini, PGGMB sudah mempunyai 4 buah sekolah rendah
yang membuktikan pencapaian cemerlang dalam ujian
penilaian sekolah rendah dalam tempoh 20 tahun. Ikuti
laporannya.
Dalam era globalisasi yang semakin canggih dan memberi
kesan ke atas ekonomi sejagat, sudah tentu PGGMB tidak
terkecuali menghadapi krisis dan situasi yang mencabar.
Namun apa yang pasti, dalam arus gelombang pasang
surutnya ekonomi dunia yang turut mempengaruhi indeks
pengeluaran dan indeks industri, pasaran kewangan dan
matawang, PGGMB terus berusaha menerusi untuk melebarkan
sayap pembangunan dan perekonomian dengan membina
sekolah untuk memberi fasiliti kepada pelajar-pelajar
peringkat Menengah di kampong Sungai Akar. Perkara
tersebut dinyatakan oleh Timbalan Menteri Perindustrian
dan Sumber-Sumber Utama, Dato Paduka Haji Hamdillah di
Perasmian Mesyuarat Agung Perwakilan Persekutuan
Guru-Guru Melayu Brunei, MAP-PGGMB kali ke 59, 2008-2009
baru-baru ini.
Dato Paduka Haji Hamdillah berkata, apabila PGGMB
menggerakkan jentera kepimpinan dan pentadbirannya
melalui idea bernas dan strategik, ianya secara langsung
dan tidak langsung memberi sumbangan yang sangat ketara
dan relevan kepada pembangunan pendidikan serta memberi
sumbangan berkebajikan di Negara Brunei Darussalam. Ini
kerana PGGMB menyediakan sekolah-sekolah dan juga
memberi peluang pekerjaan kepada penduduk di Negara ini
dan juga warga asing, sama ada untuk berkhidmat di lima
buah sekolah milik PGGMB mahupun di ibu pejabat,
perkhidmatan Pengembaraan atau di kedai buku dan alat
tulis media intelek PGGMB.
PGGMB mempunyai barisan pelanggan yang perlu dijaga dari
segi kebajikan dan hal ehwal perekonomian bagi
memastikan ekonomi dan perniagaan PGGMB terus mara ke
peringkat kematangan dan keampuhan bagi sebuah
organisasi perniagaan. Ditubuhkan pada tahun 1937 dan di
daftarkan secara rasmi pada tahun 1939, PGGMB meletakkan
visi sekolah sebagai landasan pendidikan bestari menjadi
kenyataan. PGGMB bukan saja sebuah pertubuhan bukan
kerajaan yang tertua di Negara ini malahan salah satu
NGO yang tertua di rantau Asean.
Top
Friday,
07/08/09;
INDUSTRI HALAL BOLEH MEMBANTU EKONOMI NEGARA
Di samping untuk merebut peluang-peluang pasaran dari
Industri Halal yang bernilai berbilion ringgit, Negara
Brunei Darussalam melihat industri halal ini sebagai
satu langkah negara dalam menjalankan tanggungjawab
fardu kifayah selaku negara Islam buat masyarakat Islam
dalam dan luar negara.
Dalam temubual bersama Pengarah Urusan Imarat
Consultant, Haji Abdul Hamid Evans, terdapat tiga
perkara utama mengapa halal itu penting bagi Negara
Brunei Brunei Darussalam, pertama adalah mempelbagaikan
ekonomi, laksanakan hukum fardu kifayah dan membantu
pembangunan para pengusaha kecil dan sedarhanan tempatan.
Setiap tahun jumlah keseluruhan import barangan halal
global ada lebih kurang 50 bilion dolar Amerika, hanya
dua peratus dari jumlah ini datang dari negara-negara
Islam. Dan 52 dari 57 ahli-ahli negara OIC adalah
bergantung kepada pengimportant produk-produk halal.
Pada tahun 2005 nilai keseluruhan pasaran produk-produk
halal dunia adalah dianggarkan bernilai 580 bilion dolar
Amerika dimana ianya telah menarik minat dikalangan
pengeluar-pengeluar makanan seluruh dunia, tetapi
pengeluar-pengeluar makanan menguasai pasaran ini adalah
bukan dari negara-negara Islam. Namun ketika ini, sektor
halal semakin maju dan kukuh dan berkembang ke
negara-negara Islam dan membuka sektor-sektor pasaran
halal baru.
Sejak beberapa tahun kebelakangan, projek halal yang
dilaksanakan oleh negara adalah begitu galakkan dan ini
melihatkan peranan yang Brunei laksanakan meletakkan
negara pada satu tahap yang cukup menarik dan mampu
menjadikan negara sebagai negara contoh dalam industri
halal itu sendiri.
Top
EKSPO PRODUK TEMPATAN SELAMA 3 HARI
Dalam usaha untuk mempromosikan produk makanan tempatan
satu Ekspo Produk Makanan Brunei sedang diadakan di
kawasan letak kereta Stadium Tertutup Kompleks Sukan
Hassanal Bolkiah Berakas.
Ekspo tiga hari ini dilancarkan oleh Yang Amat Mulia
Pengiran Anak Khairul Khalil bin Pengiran Syed Haji
Jaafari. Ekspo yang berlangsung selama tiga hari ini
disertai oleh 52 buah Syarikat tempatan yang
mempromosikan produk-produk hasil keluaran dan buatan
masing-masing. Produk berkenaan berbentuk barang makanan
kering dan basah serta produk makanan berasaskan daging,
ayam, ikan dan sayur-sayuran, di samping kraftangan
serta barangan cenderamata. Kesemua produk yang
ditampilkan di Ekspo ini seratus peratus hasil buatan
Brunei. Melalui ekspo seumpama ini, para peserta
berpeluang untuk menimba pengetahuan dan bertukar-tukar
pengalaman dalam bidang perniagaan. Expo dibukakan bagi
kunjungan orang ramai dari pukul 10 pagi hingga 10 malam.
Keluaran Dalam Negeri Kasar, KDNK, tahun lalu, bagi
Negara Brunei Darussalam meningkat 10.5% pada harga
semasa yang berjumlah 20.4 bilion, berbanding 18.5
bilion pada tahun 2007. KDNK per kapita pada harga
semasa juga meningkat 8.3 peratus dari 47.3 ribu pada
tahun 2007 kepada 51.3 ribu pada tahun 2008.
Dari segi pertumbuhan pada harga tetap, aktibiti
pertanian meningkat 9.1 peratus sementara aktibiti
perikanan dan perhutanan masing-masing menurun 6.7
peratus dan 4.9 peratus.
Aktibiti pembuatan menunjukan peningkatan dengan
berkembang 2.8 peratus selepas menurun 3.1 peratus pada
tahun 2007. Pembinaan dan elektrik dan air juga
masing-masing meningkat 1.8 peratus dan 0.9 peratus.
Walau bagaimanapun, perlombongan mencatatkan penurunan
9.3 peratus yang menyebabkan penurunan dalam sektor
industri secara keseluruhan 5.4 peratus.
Sektor perkhidmatan terus meningkat 2 perpuluhan 6
peratus selepas kenaikan 9 perpuluhan 2 peratus pada
tahun 2007. Pengangkutan dan perhubungan mencatatkan
pertumbuhan tertinggi 6 perpuluhan 3 peratus, diikuti
oleh perkhidmatan kerajaan 2 perpuluhan 7 peratus,
perkhidmatan kewangan 2 perpuluhan 5 peratus, hartanah
dan pemilikan tempat kediaman 2 perpuluhan 1 peratus,
perkhidmatan persendirian 2 perpuluhan kosong peratus
dan perdagangan kosong perpuluhan 5 peratus.
Sektor bukan minyak dan gas meningkat 2 perpuluhan 4
peratus, sementara sektor minyak dan gas menurun 6
perpuluhan 3 peratus. Memandangkan sektor minyak dan gas
masih menyumbang sekitar 70 peratus kepada ekonomi
negara, penurunan ini menyebabkan KDNK secara
keseluruhan mencatatkan pertumbuhan negatif 1 perpuluhan
9 peratus.
Mengikut pendekatan perbelanjaan, pembentukan modal
mencatatkan pertumbuhan tertinggi 13 perpuluhan 2
peratus, diikuti oleh import barangan dan perkhidmatan
11 peratus dan perbelanjaan penggunaan persendirian 1
perpuluhan 8 peratus. Sebaliknya, perbelanjaan pengunaan
kerajaan dan eksport barangan dan perkhidmatan
masing-masing menurun kosong perpuluhan 8 peratus dan 6
perpuluhan 2 peratus.
Top
Tuesday,
11/08/09;
BENGKEL KEUSAHAWANAN
Kearah menjadikan bidang keusahawanan satu budaya di
negara ini, Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui Jabatan
Majlis Ugama Islam telah mengendalikan satu bengkel
keusahawanan selama 5 hari bagi Program Pengupayaan
Asnaf Zakat.
Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memberikan
latihan ataupun pengetahuan asas dan prosedur yang betul
dalam memulakan perniagaan. Lima orang peserta menyertai
bengkel tersebut. Peserta sebelum ini mereka telah
mengikuti kursus latihan kemahiran di Pusat Pembangunan
belia selama 3 bulan iaitu dari bulan November 2008
sehingga Februari 2009. Taklimat bengkel telah
disampaikan oleh Pegawai Projek Pusat Pembangunan
Keusahawanan, Kementerian Perindustrian dan Sumber-
Sumber Utama, Awang Haji Sidup bin Haji Belaman.
Menurut Penolong Ketua Program Pengupayaan Asnaf Zakat
Kementerian Hal Ehwal Ugama, kursus kemahiran diadakan
di pusat pembangunan belia selama sembilan bulan dan
menjalani program penempatan kerja.
Bengkel yang diadakan ini adalah bengkel keusahawanan
yang diberikan kepada peserta-peserta program
pengupayaan asnaf zakat yang telah mengikuti kursus
latihan kemahiran selama 9 bulan dipusat pembangunan
belia ditempatkan di latihan penempatan kerja di
syarikat-syarikat yang telah menjadi rakan strategik
kepada program ani, jadi ada diantara peserta-peserta
yang mengikuti kursus ani setelah menamatkan kursus pada
31 july yang lalu memilih untuk membuka perniagaan
sendiri jadi sebelum mereka ani seterusnya berkecimpung
dalam bidang perniagaan maka pada hari ani mereka ani
diberikan lagi satu taklimat ataupun bengkel mengenai
dengan keusahawanan dengan kerjasama pusat keusahawanan
Kementerian Perindustrian dan Sumber- Sumber Utama.
Top
INDEKS HARGA PENGGUNA BRUNEI DARUSSALAM
Indeks Harga Pengguna, IHP bagi Mei 2009 meningkat 0.2
peratus berbanding dengan bulan sebelumnya. Menurut
Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi, Jabatan
Perdana Menteri, IHP bagi tempoh Januari hingga Mei 2009
meningkat 2.4 peratus berbanding tempoh yang sama tahun
2008.
Kos makanan dan minuman ringan menurun 0.2 peratus
berbanding bulan sebelumnya disebabkan harga yang rendah
bagi daging dan produk daging, makanan laut dan produk
makanan laut, minyak masak dan lemak, sayur-sayuran,
buah-buahan, kopi, teh, koko dan makanan lain.
Walaubagaimanapun penurunan kos tersebut telah diimbangi
dengan peningkatan kos bagi beras dan produk bijirin,
produk tenusu dan telur, gula, makanan dan minuman
bergula dan diawet dengan gula serta minuman ringgan.
Manakala kos bagi makanan dan minuman diluar rumah
adalah tidak berubah.
Beberapa barangan makanan mencatatkan peningkatan harga
yang ketara bagi Mei 2009 berbanding bulan sebelumnya
seperti bakulan, kambura, udang kecil, kentang dan kobis
bunga. Sementara itu, beberapa barangan makanan
menunjukkan penurunan harga yang ketara seperti rumahan
laki, tenggiri, kacang bendi, tamato dan terung.
Harga yang murah bagi pakaian siap-sedia dan aksesori,
fabrik bagi lelaki dan wanita, peralatan jahitan dan
kasut menyebabkan penurunan 0.7 peratus dalam kos
pakaian dan kasut.
Kos perumahan, air, elektrik dan pemeliharaan meningkat
0.1 peratus disebabkan oleh kenaikan harga bagi
pemeliharaan dan pembaikan kecil.
Harga yang murah bagi alat perabot, alat hiasan
rumahtangga, pinggan mangkuk dan kutleri dan
pengendalian rumahtangga menyebabkan penurunan dalam kos
peralatan, perkhidmatan dan pengendalian rumah menurun
0.4 peratus.
Harga yang tinggi bagi tambang udara menyebabkan
peningkatan dalam kos pengangkutan sebanyak 0.1
peratus.
Kos kesihatan dan perubatan meningkat 0.2 peratus
berikutan harga yang tinggi bagi ubat dan bekalan
proprietari.
Peningkatan harga bagi makanan binatang peliharaan dan
pakej percutian menyebabkan kenaikan 3.3 peratus dalam
kos rekreasi dan hiburan.
Kos pelbagai barangan dan perkhidmatan menurun 0.7
peratus berikutan penurunan harga barangan keperluan
diri wanita.
Kos perhubungan dan pendidikan adalah tidak berubah.
Top
Thursday, 13/08/09;