Home    About Us    Public Info    Archive    Services    Contact Us

 
   
    ECONOMY NEWS

 News Links

  News hour

 
     

Penggangguran satu masalah global

Mengikut statistik daripada Jabatan Buruh, jumlah pencari-pencari kerja tempatan di Negara Brunei Darussalam yang berdaftar di Jabatan Buruh pada bulan Mac ialah seramai 7,766 orang. Dari jumlah ini 95.3% adalah terdiri dari mereka yang berkelulusan Tingkatan 5 ke bawah dan selebihnya 3.3% adalah terdiri dari mereka yang berkelulusan lepasan teknikal, vokasional dan Universiti.

Masalah pengangguran sering dikaitkan dengan pencari-pencari kerja, namun masalah ini bukan saja dihadapi di negara ini malahan ianya merupakan satu masalah global . Mereka yang tidak mempunyai pekerjaan mengwujudkan masalah sosial dan sering dikaitkan dengan kegiatan-kegiatan negatif.

Pada tahun 2007, jumlah pencari kerja tempatan dicatatkan ialah seramai 6,812 orang dan pada tahun ini sehingga bulan Mac jumlah ini meningkat kepada 7,766 orang. Dan jika dilihat jumlah pekerja asing yang bekerja di sektor swasta di negara ini ialah 78,656 orang, dan ini menunjukkan tidak sepatutnya wujud pengangguran di negara ini.
 

Persoalanya sekarang adakah para pencari kerja tempatan tidak

Weekdays

7.00 

am - Berita Awal Pagi

5.45

pm -   Berita 5.45

7.00

pm -

Buletin Sukan

    (Mon & Weds)
 

Berita Economy  

  (Tues, Thurs & Fri) 

8.00 

pm - Berita Nasional

9.00  

pm - Warta Dunia

10.00

pm - News at 10

11.30

pm - World News

Weekends

7.00  am - Berita Awal Pagi
11.30 am -   Hujung Minggu
5.45 pm - Berita 5.45
7.00 pm - Buletin Sukan
8.00  pm - Berita Nasional
9.00   pm - Warta Dunia
10.00 pm - News at 10
11.30 pm - World News
 
 

mahu bekerja atau terlalu memilih pekerjaan terutama untuk bekerja di sektor swasta? Atau adakah pihak swasta masih mengutamakan pengambilan pekerja-pekerja asing?

Berdasarkan perangkaan pencari kerja tempatan yang berdaftar di Jabatan Buruh bagi tahun 2006 sehingga 2007 tidak memerlihatkan sebarang penurunan yang ketara. Bagi tahun 2006, pada bulan Januari mencatakan sebanyak 6,184 orang kemudian meningkat kepada 6,310 pada bulan Jun 2006. Bulan Januari 2007 mencatatkan 6,730 orang kemudian jumlah ini meningkat kepada 7,300 orang pada bulan Jun dalam tahun yang sama. Dari bulan Julai 2007 adalah seramai 6,368 dan pada Disember 2007 meningkat kepada 6,644 orang.

Jika melihat pada perangkaan dari Jabatan Buruh, sehingga bulan Mac 2008, para pecari kerja didominasikan oleh mereka yang mempunyai tahap pendidikan Tingkatan 5 iaitu seramai 3,379 orang. Manakala kedua tertinggi ialah dari mereka yang mempunyai tahap pendidikan Tingkatan 1 hingga 3 iaitu 2,519 orang. Ketiga tertinggi pula ialah mereka yang mempunyai tahap pendidikan sijil iaitu 139 orang pada bulan Januari 2008.

Sumber tenaga manusia dalam bidang tertentu seperti industri pembinaan, kilang papan, perkhidmatan, pembuatan, perhotelan dan restoran adalah sangat diperlukan bagi memastikan semua industri ini berjalan lancar ini kerana industri ini mampu mambantu pertumbuhan dan perkembangan ekonomi negara. Namun, apa yang pasti pekerjaan industri-industri ini dimonopoli oleh para pekerja asing.

Berdasarkan pengagihan pengambilan tenaga kerja asing mengikut industri bagi tahun 2005 dan 2006, Industri yang tinggi dikuasai oleh warga asing ialah industri binaan dengan jumlah 23,287 orang pada tahun 2005 dan meningkat kepada 25,989 orang pada tahun 2006 . Kedua adalah dari industri pembuatan dengan jumlah 15,694 orang pada tahun 2005 kepada 13,294 orang pada tahun 2006.

Persoalanya sekarang, mengapa perkara ini terjadi? Mengapa para pencari pekerja-pekerja tempatan tidak menceburkan diri dalam sektor-sektor ini? Adakah jenis pekerjaan ini anggap berat, kotor ataupun tidak glamour?. Apa yang penting sekarang ialah perubahan mindset anak-anak tempatan.

Dalam era globalisasi ini, mindset para pencari pekerjaan tempatan hendaklah berubah, para pencari kerja haruslah peka, sensitif dan mampu mengadaptasikan diri terhadap keperluan semasa khususnya kehendak pasaran kerja dan peluang-peluang pekerjaan di sektor swasta. Dalam masa yang sama mempertingkatkan kemahiran diri, kemahiran berfikir secara kreatif dan inovatif dalam menjadikan satu nilai tambah kepada marketable diri.