|
- Peniaga runcit yang menjual sebarang
produk tembakau kepada mereka yang
berumur 18 tahun ke bawah adalah ditegah
dan jika sabit kesalahan, akan dikenakan
denda 5 ribu ringgit. Manakala bagi
mereka yang di bawah umur 18 tahun jika
didapati membeli sebarang produk
tembakau akan dikenakan denda 10 ribu
ringgit atau penjara selama 6 bulan.
- Mendapatkan lesen bagi pengimportan
atau penjualan sebarang produk tembakau
adalah mandatori di bawah Undang-Undang
Tembakau 2007. Bayaran tahunan sebanyak
2,500 ringgit adalah diperlukan bagi
mendapatkan lesen ini. Jika terdapat
sebarang kesalahan di bawah Perintah
Tembakau 2005 atau Undang-Undang
Tembakau 2007, akan berlakunya
penggantungan atau penarikan-balik lesen
para peniaga runcit atau pengimport.
Beberapa tempat sudah ditegah dan
dilarang untuk tidak merokok termasuk
premis-premis bangunan atau
pejabat-pejabat kerajaan,
institusi-institusi pendidikan,
pusat-pusat rekreasi dan
restoran-restoran.
Hospital RIPAS merupakan institusi
perubatan negara yang memperkenalkan
Kumpulan Penindak Anti-Tembakau bagi
memastikan para pelawat atau pesakit
tidak dibenarkan merokok di hospital
tersebut. Kumpulan yang digelar A-Team
ini akan mengawasi jika ada sesiapa yang
tidak mematuhi peraturan-peraturan anti-rokok
terutama sekali kawasan-kawasan yang
dilarang merokok. Pengurusan di
Hospital RIPAS melantik beberapa pegawai
dan kakitangan hospital tersebut
termasuk kakitangan daripada SETIA
Protective Security Services Sendirian
Berhad. Kesemua pegawai dan kakitangan
telah dijelaskan tentang peranan dan
tanggungjawab, Perintah Tembakau 2005
serta peraturan-peraturan bagi menangani
sesiapa yang didapati merokok di
Hospital RIPAS. Kumpulan ini
dibahagikan kepada tiga orang sekumpulan
dan dan akan membuat rondaan mengikut
masa-masa tertentu.
Orang ramai yang berhasrat mengetahui
lebih lanjut mengenai perintah tembakau
bolehlah menghubungi di talian 2381640
sambungan 7870. |