|
Anggaran purata keuntungan yang
diperolehi syarikat bagi perkhidmatan
membekal dan memasang tangki air adalah
sebanyak 20 ke 40 ribu ringgit setahun.
Rangkaian perniagaan dipelbagaikan lagi
berdasarkan kepada daya seni kreatif
yang dimiliki syarikat. Sebagai
persiapan dalam menghadapi persaingan,
syarikat mula memberikan tumpuan kepada
mereka-bentuk lanskap berdasarkan
kemahiran dan kreativiti.
Kira-kira 3 tahun yang lalu, perniagaan
mereka-bentuk lanskap mula beroperasi
dengan jumlah modal yang sangat kecil
iaitu $300 kerana syarikat ini memang
menghasilkan beberapa produk keluaran
seperti pasu hiasan lanskap. Pasu-pasu
yang dihasilkan adalah reka bentuk yang
diilhamkan sendiri oleh pihak pengurusan
syarikat.
Tugas melukis rekabentuk lanskap memakan
masa 7 hingga ke 10 hari. Bagi
menghasilkan sebuah lanskap biasa dengan
keluasan lokasi yang sederhana, syarikat
hanya memerlukan 3 ke 4 minggu untuk
mempersiapkannya. Rekabentuk lanskap
adalah tertakluk atas tempahan pelanggan.
Perancangan masa depan syarikat adalah
untuk menembusi pasaran luar negara.
Selain itu pemilik syarikat juga
bercadang untuk menambah lagi 2
rangkaian perniagaan iaitu dalam
penternakan ikan dalam sangkar dan
pertanian.
Pemilik syarikat ini turut memberi
pandangan mengenai dengan Perusahaan
Kecil dan Sederhana di negara ini. |