Home    About Us    Public Info    Archive    Services    Contact Us

 
   
    ECONOMY NEWS

 News Links

  News hour

 
     

1. Masalah dalam mempelbagaikan ekonomi

Mempelbagaikan ekonomi sudah merupakan satu polisi yang telah lama dipergiatkan di Negara Brunei Darussalam bermula dari rancangan kemajuan negara ke tiga 1975 -1979. Dari sejak itu pelbagai usaha telah dilakukan oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam dalam merealisasikan matalamat ini. Namun mengapa usaha mempelbagaikan ekonomi ini tidak bergerak cepat seperti yang dijangkakan?   

Negara Brunei Darussalam, sebuah negara yang menawarkan satu persekitaran ekonomi yang stabil dan terjamin, menggalakan pelaburan langsung asing ke negara ini dan dalam masa yang sama menjana pertumbuhan pengusaha kecil dan sedarhana, PKS, berkembang di peringkat dalam dan arena antarbangsa. 

Walaubagaimanapun elemen-elemen ini tidak mencukupi dalam mempercepatkan lagi matlamat negara ke arah mempelbagaikan ekonomi. Apa sebenarnya masalah dalam usaha mempelbagikan ekonomi Brunei dan kenapa perkembangan usaha-usaha tersebut tidak secepat yang dijangkakan. Perkara ini didedahkan semasa perbincangan mengenai usaha mempelbagaikan Ekonomi Brunei 2008 dengan Asia Inc Forum kelmarin. 

Menurut Dr Mark Crosby yang telah menjalankan kajian keatas Pelan Mempelbagaikan Ekonomi Brunei, menyatakan kelemahan yang terdapat di Brunei bukan dalam sasaran sektor-sektor yang Kerajaan usahakan, akan tetapi kelemahan dari segi sikap kepada perniagaan swasta ataupun perusahaan swasta, kerana itulah menurut beliau adalah penting bagi Brunei untuk membuka pintu yang begitu luas kepada dunia perusahaan dan memberikan galakan kepada rakyat dan penduduk di Brunei untuk bekerja di sektor swasta atau membuka perniagaan. 

Tumpuan juga harus diberikan kepada perkembangan sumber manusia, menurut Dr Mark Crosby, ini termasuk perluasan university dari segi keramaian penuntut dan jenis pengajian, program usahawan muda dan juga perkembangan infrastruktur.  

Dalam pada itu, Brunei mempunyai kelemahan dari segi pakar pemasaran dan ini satu kekurangan teutama keupayaan Brunei untuk berkembang dengan cepat terutama industri halal yang mana menurut Dr Mark Crosby semakin berkembang namun berkembang secara perlahan, dan disinilah menurut beliau pakar dalam bidang pemasaran dan penjenamaan adalah begitu penting, dan jika bilangan rakyat dan penduduk di Brunei berminat dalam perniagaan ini sudah setentunya mengurangkan halangan ataupun red tape di Brunei, ini kerana Brunei berada ditahap paling bawah dalam senarai negara-negara yang mudah bagi menjalan perniagaan berbanding dengan negara-negara lain.

 

Weekdays

7.00 

am - Berita Awal Pagi

5.45

pm -   Berita 5.45

7.00

pm -

Buletin Sukan

    (Mon & Weds)
 

Berita Economy  

  (Tues, Thurs & Fri) 

8.00 

pm - Berita Nasional

9.00  

pm - Warta Dunia

10.00

pm - News at 10

11.30

pm - World News

Weekends

7.00  am - Berita Awal Pagi
11.30 am -   Hujung Minggu
5.45 pm - Berita 5.45
7.00 pm - Buletin Sukan
8.00  pm - Berita Nasional
9.00   pm - Warta Dunia
10.00 pm - News at 10
11.30 pm - World News