2. Tinjauan
terhadap sebuah Syarikat Pemunggahan & Perkapalan
tempatan
Syarikat Pemunggahan dan Pengangkutan merupakan
perniagaan yang penting didalam industri perkapalan.
Bisnes Fokus kali ini meninjau ke salah sebuah syarikat
yang menyediakan perkhidmatan pemunggahan dan
pengangkutan yang telah bertapak hampir 27 tahun di
negara ini.
Syarikat Pemunggahan Haji Awang Buang & Anak-anak
merupakan sebuah syarikat yang dikendalikan sendiri oleh
ahli keluarga. Ditubuhkan pada awal tahun 1980, kini
syarikat berkembang dengan menyediakan perkhidmatan yang
meluas dalam industri perkapalan. Syarikat yang bertapak
di kampong Kapok ini dilengkapi dengan beberapa
peralatan perhubungan dan IT.
Menurut Pengarah syarikat, Haji Awang Buang Haji
Jamuddin, beliau pernah bertugas sebagai buruh di
Pelabuhan Muara pada tahun 1964. Dan pada tahun 1974
beliau berkhidmat diJabatan Kerajaaan sebagai pemandu
forklift. Menurut beliau, syarikat ini ditubuhkan
berdasarkan pengalaman dan pengetahuan yang diperolehi
dibidang pemunggahan.
Selain daripada perkhidmatan Pemunggahan, syarikat
juga menyediakan perkhidmatan pengangkutan mengikut
kehendak pelanggan.
Sokongan daripada pelanggan adalah perkara utama
yang mampu membuat Syarikat bertahan dalam dunia
perniagaan. Dayang Hajah Norlela, Pengurus syarikat ini
percaya bahawa hanya dengan menyediakan kemudahan yang
mencukupi akan dapat memberikan perkhidmatan yang
sempurna.
Harga yang ditawarkan untuk pelanggan adalah
berpatutan walaupun menghadapi krisis kenaikkan harga
minyak dan persaingan harga dari syarikat-syarikat lain.
Pendapatan yang diperolehi syarikat dalam masa
sebulan adalah sebanyak 80 ke 90 ribu. Manakala
keuntungan yang diperolehi dianggarkan sebanyak 20 ke
30 peratus dari pendapatan bulanan. Strategi pemasaran
yang diaturkan syarikat dibahagikan kepada beberapa
peringkat dan kategori.
Syarikat ini memiliki beberapa pengangkutan dan
bahan-bahan keperluan yang mencukupi bagi kemudahan dan
kelancaran dalam memberikan perkhidmatan yang effisen.
Syarikat juga berjaya menubuhkan 4 buah anak
syarikat yang memberikan perkhidmatan yang berbeza
seperti Perkhidmatan Penghantaran, Kontrator dan
menyewakan kem, kerusi dan meja. |