Home    About Us    Public Info    Archive    Services    Contact Us

 
   
   

 NEWS LINKS

  NEWS HOUR

 
   
Minggu Tenaga bermula 24hb Mei 2008

Negara Brunei Darussalam mengadakan Minggu Tenaga 2008 esok. Minggu Tenaga 2008 adalah inisiatif berterusan Kerajaan Kebawah Duli Yang Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, ke arah meningkatkan kefahaman dan kesedaran rakyat dan penduduk di negara ini, mengenai pentingnya sumber tenaga kepada negara, dan perlunya semua pihak berusaha meningkatkan kecekapan dan penjimatan dalam penggunaan tenaga.  Ketika negara sedang bergelut dengan subsidi minyak dan penggunaan tenaga yang semakin meningkat, kerajaan berusaha mencari jalan untuk meliputi penggunaan petroleum. Jika situasi itu tidak dapat diperbaiki, kerajaan mungkin tidak mempunyai pilihan lain kecuali menetapkan satu harga khusus pasaran bagi produk-produk petroleum berdasarkan harga asal penghasilan. 

Negara ini bertuah kerana diberkati dengan sumber tenaga dalam bentuk minyak dan gas. Bagaimanapun, sumber ini tidak dapat diganti dan akan pupus suatu ketika nanti. Bagi memastikan cara hidup sekarang tidak mengkompromi keperluan jenerasi masa akan datang disamping memastikan kesejahteraan negara, adalah penting bagi Negara ini untuk menerapkan amalan yang baik demi menjimatkan bekalan tenaga.

Weekdays

7.00 

am - Berita Awal Pagi

5.45

pm -   Berita 5.45

7.00

pm -

Buletin Sukan

    (Mon & Weds)
 

Berita Economy  

  (Tues, Thurs & Fri) 

8.00 

pm - Berita Nasional

9.00  

pm - Warta Dunia

10.00

pm - News at 10

11.30

pm - World News

Weekends

7.00  am - Berita Awal Pagi
11.30 am -   Hujung Minggu
5.45 pm - Berita 5.45
7.00 pm - Buletin Sukan
8.00  pm - Berita Nasional
9.00   pm - Warta Dunia
10.00 pm - News at 10
11.30 pm - World News
 
 
 

Dalam sesi temubual eksklusif di Segmen Rampai Pagi di antara Menteri Tenaga, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Utama Dato Seri Setia Awang Haji Yahya dan Pemangku Ketua Berita dan Hal Ehwal Semasa, Awang Haji Abdul Manap bin Haji Adam, menyentuh tentang perkara mengenai dengan kecekapan dan penjimatan penggunaan tenaga.  

Menurut YB Pehin Orang Kaya Seri Utama Dato Seri Setia Awang Haji Yahya, Menteri Tenaga di Jabatan Perdana Menteri, bahawa buat masa ini, kerajaan menanggung seringgit 12-sen bagi setiap liter minyak disel berbanding dengan 31-sen yang di pam di steysen minyak. Ini bermakna kerajaan memberi sabsidi sebanyak 81-sen setiap liter. Bagi minyak kereta Premium-97, kerajaan menanggung seringgit 13-sen bagi setiap liter berbanding dengan 53-sen dipasaran, perbezaan sebanyak 60-sen setiap liter. 

 

 

 

       
 

HIT COUNTER

 
 

counters