|
Penting
menanai sifat melabur |
Mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa wang yang
dimiliki sekarang jika disimpan atau digunakan untuk
pelaburan akan membawa keuntungan yang besar di masa
depan. Cuba awda bayangkan, pendapatan yang
diterima setiap bulan, belum tentu dapat menjamin
kehidupan yang bahagia di hari tua. Sikap berhutang
kini seakan-akan menjadi budaya bagi memberi
kepuasan dalam berbelanja. Persoalannya sekarang,
apakah punca yang menyebabkan orang ramai suka
berhutang? Siapa yang patut dipersalahkan dalam hal
ini? Adakah ianya berpunca dari sifat orang ramai
yang suka berhutang atau institusi-institusi
kewangan yang mengalakkan pinjaman yang berlebihan?
Berita Ekonomi menghubungi dua orang pegawai
daripada Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei, TAIB
bagi menjelaskan tentang pengurusan kewangan.
Kesedaran awam akan pengurusan kewangan yang cekap perlu
dipertingkatkan. Ini akan dapat membantu mengelak
kehidupan menanggung beban hutang, sekaligus memberi
kesenangan dan menjalani kehidupan dengan baik.
Kini semakin banyak institusi-institusi kewangan di
Negara Brunei Darussalam menawarkan pelbagai jenis
pelaburan bagi meningkatkan kesedaran dan kefahaman
orang ramai dalam hal ini.