Penting menanai sifat melabur
Mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa wang yang dimiliki sekarang jika disimpan atau digunakan untuk pelaburan akan membawa keuntungan yang besar di masa depan. Cuba awda bayangkan, pendapatan yang diterima setiap bulan, belum tentu dapat menjamin kehidupan yang bahagia di hari tua. Sikap berhutang kini seakan-akan menjadi budaya bagi memberi kepuasan dalam berbelanja. Persoalannya sekarang, apakah punca yang menyebabkan orang ramai suka berhutang? Siapa yang patut dipersalahkan dalam hal ini? Adakah ianya berpunca dari sifat orang ramai yang suka berhutang atau institusi-institusi kewangan yang mengalakkan pinjaman yang berlebihan? Berita Ekonomi menghubungi dua orang pegawai daripada Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei, TAIB bagi menjelaskan tentang pengurusan kewangan.
Kesedaran awam akan pengurusan kewangan yang cekap perlu dipertingkatkan. Ini akan dapat membantu mengelak kehidupan menanggung beban hutang, sekaligus memberi kesenangan dan menjalani kehidupan dengan baik. Kini semakin banyak institusi-institusi kewangan di Negara Brunei Darussalam menawarkan pelbagai jenis pelaburan bagi meningkatkan kesedaran dan kefahaman orang ramai dalam hal ini.
Ramai yang tidak menyedari akan pentingnya membuat pelaburan. Sifat berbelanja berlebihan merupakan salah satu punca orang ramai menanggung beban hutang. Ada yang berpendapat sekarang, tanpa gaya dan ketrampilan yang mewah, bagaikan tidak memenuhi kepuasan seseorang individu. Tetapi realitinya, akan menanggung beban hutang di hari kelak.
Bank kewangan Islam telah menawarkan pelbagai produk pelaburan dan kewangan berdasarkan konsep syariah. Namun ramai yang tidak mengetahui akan konsep-konsep syariah ini.
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||