Home    About Us    Public Info    Archive    Services    Contact Us

 
   
   

 NEWS LINKS

  NEWS HOUR

 
   

Penjimatan tenaga amat penting

Sebanyak 99 peratus tenaga elektrik di negara ini dijana dengan menggunakan gas asli dan selebihnya minyak diesel.  Seperti yang kita ketahui, sumber yang menjana tenaga elektrik ini tidak berkekalan dan tidak dapat diperbaharui.  Kita tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada sumber minyak dan gas semata-mata, kerana ia semakin berkurangan.  Namun sejauh manakah tahap kesedaran orang ramai tentang penggunaan tenaga yang berlebihan di negara ini?  Ikuti laporannya.  

Mengamalkan penjimatan tenaga adalah satu cara untuk melanjutkan bekalan tenaga negara.  Penjimatan tenaga tidak bererti kita menurunkan kualiti hidup atau melambatkan pembangunan negara.  Sekaligus, membawa erti amalan menjimatkan sumber-sumber terhad, pembangunan negara yang mapan, pemeliharaan alam sekitar, di samping menjamin kualiti hidup serta menikmati keselesaan hidup.

Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Agensi Tenaga Antarabangsa atau International Energy Agency, IEA, penggunaan elektrik di Negara Brunei Darussalam adalah setanding dengan Jepun dan Singapura, malahan mengalahi negara Malaysia, Thailand, Indonesia dan India.  Ini sudah menunjukkan penggunaan tenaga di negara ini tidak selaras dengan industri yang ada pada masa ini bila dibandingkan dengan negara-negara ASEAN.

Weekdays

7.00 

am - Berita Awal Pagi

5.45

pm -   Berita 5.45

7.00

pm -

Buletin Sukan

    (Mon & Weds)
 

Berita Economy  

  (Tues, Thurs & Fri) 

8.00 

pm - Berita Nasional

9.00  

pm - Warta Dunia

10.00

pm - News at 10

11.30

pm - World News

Weekends

7.00  am - Berita Awal Pagi
11.30 am -   Hujung Minggu
5.45 pm - Berita 5.45
7.00 pm - Buletin Sukan
8.00  pm - Berita Nasional
9.00   pm - Warta Dunia
10.00 pm - News at 10
11.30 pm - World News
 
 


Berdasarkan buku tenaga tahun 2008 Institut Ekonomi Tenaga, Jepun atau The Institute of Energy Economics, Japan, IEEJ, penggunaan tenaga utama t-o-e bagi setiap orang di Negara Brunei Darussalam adalah sangat tinggi di rantau Asia. 

Statistik IEEJ juga menunjukkan jumlah kereta bagi setiap seribu orang adalah sangat tinggi di negara ini, malahan mengalahi negara-negara ASEAN.  Negara Jepun berada di tangga teratas, diikuti dengan Brunei dan Korea Selatan. 

Dari segi pengeluaran minyak pula, Negara Brunei Darussalam adalah yang terendah jika dibandingkan dengan negara lain di rantau Asia dan Oceanic. 

Cuba bayangkan, negara hanya mempunyai bilangan penduduk yang boleh dikirakan kecil dengan hasil pengeluaran minyak yang rendah, namun menggunakan tenaga yang terlalu tinggi bagi sebuah negara.  Kita semua tahu sumber minyak dan gas tidak berkekalan.  Namun ramai yang tidak mengetahui, pengeluaran minyak dan gas Negara Brunei Darussalam telah menurun dengan lebih cepat, jika dibandingkan dengan pencarian yang berjaya.

Jikalau trend penggunaan ini terus berkekalan, di mana rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam tidak berusaha untuk mula bergerak bersama ke arah kecekapan dan penjimatan tenaga, maka daya-tahan pembangunan sosial dan ekonomi negara akan sememangnya terjejas.  Ingatlah, dengan mengamalkan penggunaan tenaga yang cekap, jimat dan bijaksana akan dapat membantu generasi akan datang dalam sama-sama menikmati faedah penggunaan tenaga seperti generasi sekarang. 

 

 

 

       
 

HIT COUNTER

 
 

counters