|
Harga yang ditawarkan kepada pelanggan bagi setiap perahu
adalah tertaklok kepada ukuran serta rupa atau bentuk
perahu mengikut kehendak pelanggan. Harga bagi sebuah
perahu biasa dengan ukuran 13 kaki adalah $1,700 dan
bagi sebuah perahu yang besar serta dilengkapi dengan
perkakas perahu pula berharga pada anggaran $60 -
80ribu.
Perahu-perahu yang dihasilkan oleh syarikat ini mempunyai
ciri-ciri keselamatan selain memastikan kualiti keluaran
syarikat mempunyai mutu yang tinggi.
Dengan keramaian 4 orang pekerja tempatan dan 14 orang
pekerja asing, syarikat berjaya menghasilkan 5 ke 10
buah perahu dalam masa sebulan tertaklok kepada jenis
perahu yang ditempah. Anggaran purata keuntungan yang
diperolehi setiap tahun adalah sebanyak 15 - 30% dari
hasil pendapatan.
Bahan-bahan mentah seperti kimia bagi kegunaan pembuatan
perahu didatangkan dari Singapura dan Malaysia manakala
bahan-bahan kayu dan papan dibekalkan dari Negara Brunei
Darussalam.
Jabatan Laut telah menganugerahkan lesen bengkel membuat
perahu dari fibre-glass kepada syarikat ini pada tahun
1990.
|