Home    About Us    Public Info    Archive    Services    Contact Us

 
   
   

 NEWS LINKS

  NEWS HOUR

 
   

Sebuah kilang penghasilan gas-gas silinder oksigen

Siapa sangka udara yang kita hirup setiap hari secara percuma boleh menghasilkan satu perniagaan yang menguntungkan.  Berita ekonomi meninjau sebuah kilang penghasilan gas-gas silinder oksigen di negara ini.

Kilang yang terletak di Serambangun Tutong ini, merupakan sebuah kilang penghasilan gas-gas silinder milik Syarikat Daikyo Industrial Gas Sendirian Berhad. Ditubuhkan sekitar tahun 1982. Dengan modal sebanyak 2.5 juta ringgit. Ketika itu syarikat hanya mengimport silinder-silinder gas dari Singapura untuk diedarkan di negara ini.

Dan sejak tahun 1995, untuk menjimatkan perbelanjaan dari import, syarikat mula menghasilkan gas-gas sendiri. Dan kini syarikat menghasilkan dua jenis gas iaitu gas jenis oksigen dan Acetylene.

Menurut Pengarah Urusan Syarikat,  Awang Hung Ah Hing, kilang gas ini beroperasi selama 24jam sehari dan hasil pengeluaran syarikat menurut beliau adalah cukup untuk menampung permintaan pasaran domestik.

Weekdays

7.00 

am - Berita Awal Pagi

5.45

pm -   Berita 5.45

7.00

pm -

Buletin Sukan

    (Mon & Weds)
 

Berita Economy  

  (Tues, Thurs & Fri) 

8.00 

pm - Berita Nasional

9.00  

pm - Warta Dunia

10.00

pm - News at 10

11.30

pm - World News

Weekends

7.00  am - Berita Awal Pagi
11.30 am -   Hujung Minggu
5.45 pm - Berita 5.45
7.00 pm - Buletin Sukan
8.00  pm - Berita Nasional
9.00   pm - Warta Dunia
10.00 pm - News at 10
11.30 pm - World News
 
 

Silinder-silinder dan mesin-mesin ini diimport dari Jepun, China dan Amerika Syarikat. Gas-gas seperti oksigen ini dihasilkan melalui pengambilan udara kemudian diproses menggunakan mesin khas ini kemudian diisi kedalam silinder berwarna hitam. Manakal bagi gas jenis Acetylene adalah menggunakan bahan khas iaitu sejenis batu khas yang didatangkankan dari cina yang kemudianya diadun dengan air dengan menggunakan mesin khas. Selepas diisi ke dalam silinder berwarna merah ianya kemudian disejukkan menggunakan ayer selama emapt jam. Setiap peghasilan akan dibuat catatan bagi menjamin keselamatan dan kualiti produk.

Menurut Awang Huang Ah Hing lagi, Ketika ini harga minyak global berada pada tahap tinggi, dan ini sedikit sebanyak telah menjejaskan perniagaan syarikat sebanyak 10 peratus namun syarikat masih lagi mengkekalkan harga yang sama buat pelanggan-pelanggan syarikat,.

Dalam rancangan strategi pemasaran syarikat, menurut Esekutif Pemasaran syarikat, Awang Dwight Lulu, syarikat kini sedang berusaha untuk memperluasa dan memperkembangkan lagi perniagaan teruatama dari segi perkhidmatan dan penghantaran. Dan hasil keluaran ketika ini dibekalkan kepada jabatan-jabatan Kerajaan, syarikat-syarikat tempatan seperti bengkel-bengkel kereta, dan syarikat-syarikat seperti Brunei Shell Petroleum.

Setiap minggu syarikat akan membekalkan sebanyak 20 ke 25 biji silinder gas jenis oksigen dan 10 biji slilinder gas Acetylene kepada bengkel-bengkel kereta di negara ini. Manakala bagi syarikat-syarikat besar seperti BSP, sebanyak 100 biji silinder gas oksigen dan 50 biji silinder gas acetylene akan dibekalkan dalam sehari.

Disamping itu, syarikat juga ada menyediakan perkhidmatan penjagaan, membaiki dan pengisisan semua alat-alat pemadam api.

 

 

 

 

       
 

HIT COUNTER

 
 

counters