|

Video Streaming On-Line:-
Click
to view
1. Perjanjian bagi memperuntukkan kewangan
AS$15 juta
Satu perjanjian di antara salah sebuah syarikat hasil
sampingan projek Methanol Brunei, iaitu Brunei Methanol
Tanker, bersama salah sebuah bank tempatan, Bank Baiduri,
diadakan KELMARIN. Projek yang bernilai 15 juta dolar
Amerika adalah bagi pembinaan sebuah tanker methanol.
Berita Ekonomi menemubual dua buah syarikat yang
terlibat dalam perjanjian ini. Ikuti laporannya.
Perjanjian ini merupakan perjanjian bagi memperuntukkan
kewangan untuk membeli tanker methanol bagi tempoh
projek selama 15 tahun yang bernilai 15 juta dolar
Amerika. Syarikat Brunei Methanol Tanker adalah salah
satu hasil sampingan daripada projek Methanol Brunei dan
fungsi sebenar adalah untuk memiliki sebuah tanker bagi
penghantaran methanol daripada Negara Brunei Darussalam
ke rantau Asia-Pasifik.
Majlis penandatangan disaksikan oleh Setiausaha Tetap di
Jabatan Perdana Menteri dan selaku ahli lembaga pengarah
Brunei Petroleum, Pengiran Dato Paduka Haji Abu Bakar.
Perjanjian antara Brunei Methanol Tanker dan Bank
Baiduri akan memperuntukan kewangan bagi pembinaan
sebuah tanker methanol seberat 5-ribu 500-ton metrik
oleh Syarikat Perkapalan Ningbo Dongfang di China.
Menurut Pengurus Am Bank Baiduri, pembiayaan bagi tanker
pertama ini merupakan satu bukti kemampuan Bank Baiduri
selaku bank tempatan dalam membiayai satu projek yang
sangat rumit dan besar ini.
Bank Baiduri selaku bank tempatan, mempunyai pakar-pakar
antarabangsa yang mana sangat berminat dalam berganding
bahu dalam usaha dan membantu syarikat-syarikat
tempatan dalam mana-mana projek yang menjurus kearah
mempelbagai ekonomi negara. Dan projek methanol adalah
merupakan pojek penting dan Bank Baiduri akan membantu
sektor PKS dan kontraktor-kontraktor tempatan yang akan
terlibat sama dalam fasa pembangunan dan juga projek
methanol itu sendiri.
Dalam melaksanakan dan menjayakan lagi projek methanol ini,
banyak peluang-peluang akan diberikan kepada
institusi-institusi kewangan tempatan untuk bekerjasama
dengan Brunei Methanol Tanker yang mana akan memerlukan
banyak pelaburan untuk mencapai matlamatnya.
Brunei Methanol Tanker akan memiliki kapal tanker yang ke
sembilan apabila pembinaannya siap menjelang tahun 2010.
Kini hanya sebuah tanker methanol, InsyaALLAH jika ada
peluang bertepatan pada waktunya, syarikat akan menambah
jumlah tanker syarikat.
Brunei Methanol Tanker ditubuhkan pada bulan April 2008
sebagai sebuah syarikat usahasama antara PB Logistics
Sendirian Berhad, anak syarikat Brunei Petroleum, Kokuka
Sangyo dan Itochu Corporation.
SYARIKAT SAHAM
PB Logistics Sdn Bhd 50%
Kokuya Sangyo 30%
Itochu Corporation 20%
PB Logistics merupakan satu-satuya syarikat tempatan yang
memegang 50 peratus saham di Brunei Methanol Tanker.
Kokuya Sangyo, anak syarikat Mtsubishi Gac Chemical
Company memegang 30 peratus saham, manakala Itochu
Corporation memiliki 20 peratus.
Top
2.
Para pemohon hendaklah mengikut prosedur yang telah
ditetapkan
Seperti yang diketahui menurut Bahagian Kawalan Makanan
Halal, Jabatan Hal Ehwal Syarai'ah, Kementerian Hal
Ehwal Ugama, selepas Ekspo Produk Halal Antarabangsa
Brunei kali ke 3 nanti, permohonan bagi menggunakan
Logo Brunei akan dibukakan kepada pengusaha-pengusaha
produk makanan halal tempatan dan juga
pengusaha-pengusaha kedai makan dan restoran. Akan
tetapi bagi mana-mana permohonan perlu melalui beberapa
prosedur-prosedur tertentu.
Para
pengusaha hendaklah mengisikan borang permohonan yang
boleh didapati di Bahagian Kawalan Makanan Halal dan
segala keperluan yang dikehendaki dalam borang berkenaan
dan juga didalam kehendak permit Halal hendaklah
dipatuhi.
Borang yang telah lengkap diisikan hendaklah dikembalikan
kepada Bahagian Kawalan Makanan Halal. Dan Bahagian
Makanan Halal akan mengedarkan borang yang lengkap
tersebut kepada pemeriksa-pemeriksa yang dilantik di
bawah Bab 18 Perintah Sijil Halal dan Label Halal.
Dalam temubual bersama Pemangku Penolong Pengarah Hal Ehwal
Syariah, Awang Haji Kassim bin Haji Muhammad, Pegawai
Pemeriksa yang dilantik adalah terdiri dari
pegawai-pegawai dari beberapa kementerian.
Di kilang atau di tempat memproses membuat makanan halal
itu para pegawai pemeriksa akan mempastikan segala bahan
yang disenaraikan didalam borang permohonan adalah
serupa dengan bahan yang digunakan semasa membuat
makanan di kilang berkenaan, dalam masa yang sama
memastikan kebersihan dan kesucian keatas segala
peralatan yang di gunakan, tempat penyimpanan dan
pengangkutan di kilang itu dari sebarang pencemaran
najis.
Menurut Awang Haji Kassim Bin Haji Muhammad, ujian bertulis
serta ujian lisan turut diadakan bagi penyelia makanan
halal yang bertugas di kilang tersebut. Para pegawai
pemeriksa juga kemudian akan membuat laporan, yang mana
kemudian dihadapkan ke Majlis Ugama Islam.
Para pengusaha tidak perlu risau berhubung dengan
produk-produk keluaran mereka sebelum ini masih
menggunakan logo halal lama ini kerana ianya masih lagi
boleh di pakai bertujuan bagi mengelakkan pembaziran.
Awang Haji Kassim menjelaskan lebih lanjut.
Top
3.
Perkembangan Ekspo Produk Halal Antarabangsa
Ekspo Produk Halal Antarabangsa buat pertama kalinya
diadakan pada tahun 2006. Diikuti dengan ekspo produk
halal antrabangsa kali kedua tahun lalu yang mencatatkan
peningkatan dalam penyertaan dari negara-negara luar dan
para peserta atau syarikat. Manakala, Ekspo Produk
Halal Antarabangsa kali ke-3 akan diadakan pada 14
hingga 17 Ogos ini. Dalam ekspo 4 hari ini nanti akan
menyaksikan penggunaan Logo Brunei Halal oleh para
pengusaha produk makanan tempatan. Berita Ekonomi
meninjau sejauh mana pencapaian Ekspo Produk Halal
Antarabangsa yang dimulakan sejak tahun 2006?
Ekspo Produk Halal Antarabangsa pertama yang diadakan pada
tahun 2006 adalah salah satu daripada langkah untuk
memperkenalkan Negara Brunei Darussalam sebagai
penggerak utama kemajuan pengeluaran produk halal.
Ekspo disertai oleh 10 buah negara dengan kehadiran 73 buah
syarikat mempamerkan produk-produk masing-masing.
Jumlah pengunjung dicatatkan seramai 12, 506 orang.
Jumlah negara yang menyertai bertambah kepada 26 buah
negara. Dan jumlah syarikat meningkat dari 73 buah
syarikat pada tahun sebelumnya meningkat kepada 170 buah
syarikat. Peningkatan jumlah pengunjung begitu ketara
iaitu dua kali ganda daripada ekspo sebelumnya. Ekspo
kedua menyaksikan kehadiran seramai 185 pedagang
daripada 15 buah negara.
Pada Ekspo Produk Halal Antarabangsa tahun lalu, telah
merakamkan pelancaran Jenama Brunei Halal. Ekspo tahun
lalu juga telah menyaksikan penandatanganan 21
memorandum persefahaman di antara Negara Brunei
Darussalam dengan Australia dan beberapa buah syarikat
dari Australia.
Bagi menganjurkan Ekspo Produk Halal Antarabangsa kali
ke-3 tahun ini, majlis penyerahan tiga chek diadakan
petang tadi dan diterima oleh Setiausaha Tetap
Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama, Dato
Paduka Haji Mohd Hamid. Kemudian diikuti dengan majlis
penandatanganan perjanjian persefahaman di antara
pengurus acara bersama rakan-rakan Ekspo Produk Halal
Antarabangsa kali ke-3.
Top
4.
Daimler akan meterai perjanjian rakan-niaga di China
Daimler, sebuah pengeluar automobil di Jerman akan
menandatangani perjanjian bagi mengadakan rakan kongsi
perniagaan bagi kenderaan komersil dengan Beiqi Foton
Motor Company, China.
Rakan niaga ini masih tertakluk kepada kebenaran pihak
penguatkuasa. Perundingan ini wujud setelah Foton
Motor menukar cadangan untuk menjual saham 24 peratus
kepada pengeluar automobil mewah tahun lalu setelah
gagal memperolehi kelulusan daripada kerajaan. Syarikat
berkata di bawah perjanjian baru, Foton dan Daimler akan
membincangkan cara untuk berkerjasama.
Top
5.
Pengeluar besi umumkan muflis
Mahkamah Bulgaria umumkan pengeluar besi Kremikovtzi muflis.
Pengeluar besi terbesar Bulgaria berhutang lebih
daripada 1.6 bilion dolar Amerika kepada beberapa
pemiutang, termasuk ikatan pinjaman. Pramod Mittal,
taikun besi di India memiliki 71 peratus saham loji
tersebut, yang mempunyai 8,000 tenaga kerja. Kerajaan
Bulgaria memiliki 25.3 peratus dalam kilang besi
tersebut.
Kerajaan berkata bahawa dengan kilang yang sudah muflis
akhirnya akan membenarkan penjualan 71 peratus terhadap
kilang tersebut kepada pelabur yang strategik.
Top
6.
Elpida Memory berkata akan membuat pelaburan besar di
China
Elpida Memory Incorporated, pengeluar chip komputer Jepun,
berkata akan membina loji baru terbesar di China bersama
dengan rakan-niaga di sana dengan jumlah pelaburan
bernilai 5 bilion dolar.
Elpida akan membayar 100 peratus chip komputer yang
dihasilkan di loji tersebut di timur Bandar Suzhou yang
mana akan dikongsi bersama suzhou Venture Group Company
. Elpida berkata kini adalah amat kritikal untuk
melabur di pasaran China yang semakin berkembang.
Top
7. Brussels luluskan bidaan Delta bagi
Northwest Airlines
Penguatkuasa Kesatuan Eropah meluluskan bidaan Delta
Airlines Amerika Syarikat bagi pesaing Northwest,
memudahkan cara bagi mewujudkan syarikat penerbangan
tersebesar di dunia.
Suruhanjaya Eropah mengumumkan telah memutuskan di mana
transaksi tidak akan menghalang persaingan di kawasan
Ekonomi Eropah atau mana-mana kawasan yang lain.
Delta, syarikat penerbangan ketiga terbesar Amerika
Syarikat, berhasrat untuk memperoleh Northwest, syarikat
penerbangan kelima terbesar di Amerika Syarikat, dalam
pengambil-alihan yang mana dapat mewujudkan syarikat
penerbangan terbesar di dunia dalam hasil gabungan yang
bernilai 18 bilion dolar. Delta dan Northwest bergabung
melalui Bab 11 muflis tahun lalu.
Top
8.
Harga pasaran saham di Wall Street
Kebanyakan harga pasaran saham di Wall Street hari ditutup
pada harga menurun dan ini telah menyebabkan
meningkatnya kebimbangan akan krisis sektor kewangan
yang belum lagi pulih serta kadar pengangguran yang
semakin meningkat di Amerika Syarikat.Dan kebanyakan
harga saham di Asia juga mengalami keadaan serupa.
Berikut adalah pertukaran dan harga saham hari ini:
- Purata Industri Dow Jones turun 1.93 peratus kepada
11,431.43
- Composite Nasdaq turun 0.95 peratus kepada 2,355.73
- Index Standard & Poor's 500 turun 1.79 peratus kepada
1,266.07
- Saham Utama Jepun, Nikkei 225 turun 0.56 peratus iaitu
13,050.96
- Saham Hong Kong Hang Seng turun 0.30 peratus kepada
21,949.75
- Index Composite Shanghai turun 0.87 peratus kepada
2,703.74
Top
9.
Harga minyak dunia
Harga minyak dunia meningkat berada pada harga lebih dari
AS$120 setong beikutan dengan laopran dimana paip minyak
yang menyalurkan minyak mentah dari Tengah Asia ke Barat
masih ditutup selama 15 hari selepas berlakunya ledakan
yang mana para pemberontak mengaku bertanggungjawab
keatas ledakan tersebut.
Minyak mentah New York, light sweet bagi penghantaran bulan
September naik sebanyak 1.4-4 dolar Amerika kepada
120.0-2 dolar setong.
Manakala Minyak mentah Brent Laut Utara London bagi
penghantaran September NAIK sebanyak 0.8-6 dolar Amerika
kepada harga 117.8-6 dolar setong.
Top
|