Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksFrequently Asked Questions

Kemaskini terakhir: Rabu, 3 Mei 2023


1. Saya ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang produk dan perkhidmatan RTB. Siapa boleh saya hubungi?

Awda boleh berhubung dengan Pegawai Perhubungan Awam melalui talian (+673) 2242296 / 2242297 samb. 152 / 154 / 155 semasa waktu pejabat. Awda juga boleh menghantar e-mel kepada korporat@rtb.gov.bn dan kami akan memberi maklum balas dengan seberapa segera.


2. Kementerian / jabatan / sekolah saya berhasrat untuk membuat lawatan kerja / lawatan sambil belajar ke RTB. Apa yang perlu saya lakukan?

Awda boleh menghadapkan permohonan kepada Pemangku Pengarah RTB melalui alamat berikut:

Yang Mulia

Pemangku Pengarah

Ibu Pejabat Radio Televisyen Brunei

Bangunan Sekretariat

Jalan Elizabeth II

Bandar Seri Begawan, BA8610

Negara Brunei Darussalam

Permohonan hendaklah dihadapkan sekurang-kurangnya 3 minggu sebelum tarikh lawatan.


3. Saya ingin menempah slot iklan di televisyen, radio dan RTBGo. Siapa boleh saya hubungi?

Awda boleh menghubungi Pengurus Perdagangan melalui talian (+673) 8233048 / 2384666 / 2384667 ext. 2145 / 2125 / 2126 atau e-mel marketing@rtb.gov.bn. Awda juga boleh mengisi Borang Permohonan Pengiklanan untuk urusan tempahan slot iklan.


4. Saya ingin membuat aduan mengenai produk dan perkhidmatan RTB. Siapa yang boleh saya hubungi?

Pegawai Perhubungan Awam boleh dihubungi melalui talian (+673) 2242296 / 2242297 samb. 152 / 154 / 155 semasa waktu pejabat. Aduan juga boleh dihadapkan melalui e-mel korporat@rtb.gov.bn dan kami akan memberi maklum balas dengan seberapa segera.