Pusat Perkembangan Penyiaran, Radio Televisyen Brunei ada menganjurkan kursus / latihan / bengkel untuk penyertaan agensi-agensi kerajaan / badan-badan bukan kerajaan / orang ramai dari semasa ke semasa.
Antara lain, kursus / latihan / bengkel yang pernah dianjurkan adalah:
- Bengkel Asas Lakonan
- Bengkel Asas Penerbitan Video Pendek
- Bengkel Juruacara Majlis
Jika awda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi talian (+673) 2341308 atau kirimkan e-mel kepada latihan@rtb.gov.bn