1. Saya ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang produk dan perkhidmatan RTB. Siapa yang boleh saya hubungi?
Awda boleh berhubung dengan Pegawai Perhubungan Awam RTB melalui talian (+673) 2242296 / 2242297 samb. 152 / 154 / 155 semasa waktu pejabat. Awda juga boleh menghantar e-mel kepada korporat@rtb.gov.bn dan kami akan memberi maklum balas sesegeranya.
2. Kementerian / jabatan / sekolah saya berhasrat untuk membuat lawatan kerja / lawatan sambil belajar ke RTB. Apa yang perlu saya lakukan?
Awda boleh menghadapkan permohonan kepada Pengarah RTB melalui alamat berikut:
Yang Mulia
Pengarah
Ibu Pejabat Radio Televisyen Brunei
Bangunan Sekretariat
Jalan Elizabeth II
Bandar Seri Begawan, BA8610
Negara Brunei Darussalam
Permohonan hendaklah dihadapkan sekurang-kurangnya 3 minggu sebelum tarikh lawatan.