Skip Ribbon Commands
Skip to main content

What's On

RTB Enterprise Commingle Day (19 Feb 2024)






19 Februari - Jabatan Radio Televisyen Brunei (RTB) melalui Bahagian Pemasaran dan Promosi telah mengadakan Hari Info Penajaan RTB (RTB Enterprise Commingle Day) bertempat di Kompleks Penyiaran Radio Televisyen Brunei (RTB) Sungai Akar.


Selain mengeratkan hubungan kerjasama, Hari Info Penajaan adalah bertujuan bagi mengongsikan bagaimana RTB dapat menyediakan satu platform pemberigaan pemasaran dan produk perkhidmatan bagi syarikat-syarikat dan pengusaha tempatan melalui acara-acara yang bakal diungkayahkan oleh RTB sepanjang tahun 2024. 


Antara acara dan program anjuran RTB yang akan diadakan pada tahun ini adalah Pertandingan Best914, Final Quest, Anugerah Kreatif (gabungan Anugerah Pelangi, BruMV dan Express E-Hitz), Bintang Harmoni, Jerayawara ‘Badudun Bersama Biskita’ dan RTB Media Karnival.


Syarikat-syarikat yang hadir di acara ini ialah Baiduri Bank Berhad, Perbadanan Tabung Amanah Islam (TAIB), Darussalam Service Sdn Bhd, Imagine, J Hotel Brunei, GHK Motors, Brunei Shell Marketing (BSM), Par Food and Beverages Sdn Bhd, Al Bukhari Textile, Hamitan Group, GoMamam dan Incomm.​

Attachments