Skip Ribbon Commands
Skip to main content

What's On

Kaji Selidik Maklumbalas Audiens Segmen Raudhah Hati 1445H / 2024M

kaji_selidik_maklumbalas_audiens_segmen_raudhah_hati_1445H_2024M_banner.jpg


Assalamualaikum and Salam Sejahtera Tuan / Puan,

 

Radio Televisyen Brunei (RTB) melalui Bahagian Penyelidikan dan Perkembangan sedang menjalankan Kaji Selidik Maklumbalas Audiens bagi Segmen Raudhah Hati di Rancangan Rampai Pagi.

 

Segmen Raudhah Hati bersiaran langsung di dalam Program Rampai Pagi sebulan sekali pada hari sabtu minggu ke-3, jam 8:40 pagi. Segmen ini disampaikan oleh kaunselor-kaunselor dari Bahagian Perkhidmatan Kaunseling (BPK), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dengan membawakan topik-topik yang mengetengahkan mengenai ketenangan, kesejahteraan hati, minda dan kehidupan termasuk motivasi dan menangani tekanan kerja seperti kebimbangan, kemurungan dan stres.

 

Oleh itu, Kaji Selidik ini bertujuan untuk:

  1. Mengetahui demografi dan sambutan Segmen Raudhah Hati di Rancangan Rampai Pagi.

  2. Mendapatkan maklumbalas audiens mengenai keberkesanan dan pencapaian termasuk usefulness Sesi Wawancara di Segmen Raudhah Hati.

  3. Mendapatkan maklumbalas penonton mengenai subjek/topik yang dibawakan dan untuk diketengahkan dalam segmen ini.

 

Sehubungan itu, memohon kerjasama semua warga perkhidmatan awam untuk ikut serta dalam kaji selidik tersebut dengan mengimbas kod QR atau melalui pautan/link berikut:​


Sertai Kaji Selidik Maklumbalas Audiens bagi Segmen Raudhah Hati di Rancangan Rampai Pagi melalui kod QR yang tertera diatas, atau melalui pautan/link berikut: 


https://www.surveymonkey.com/r/segmenraudhahhati


Tempoh menjawap kaji selidik ini adalah sehingga 7 April 2024.

Maklumbalas awda adalah sangat dihargai.​


Attachments