‘Majlis Menandatangani Perjanjian Bersama Penaja Program Best 91.4 Musim Ke-19’ diadakan pagi tadi bertempat di Bangunan Utama, Kompleks Penyiaran Radio Televisyen Brunei (RTB) Sungai Akar.
Bagi menandatangani perjanjian, RTB telah diwakili oleh Awang Cheong Chee Keong selaku Pemangku Pengarah, manakala syarikat-syarikat penaja iaitu Firoz Jaya Silkhouse Sdn Bhd, Rimbun Suites & Residences, Studio7 Productions, Soon Lee Heavy Machinery, Milimewah Department Store dan Dynamic Sports diwakili oleh pengurus atau wakil syarikat masing-masing.
Pertandingan Best 91.4 Musim Ke-19 akan berlangsung pada hari Sabtu, 27 Julai 2024 jam 8.00 malam bertempat di Pentas Perayaan Brunei Muara.
Orang ramai adalah dialu-alukan hadir menyaksikan dan memeriahkan lagi pertandingan berkenaan.
Siaran langsung pertandingan boleh diikuti melalui Pelangi FM.