Skip Ribbon Commands
Skip to main content

What's On

Jerayawara "Badudun Bersama Biskita" 2024




1 Disember – Jabatan Radio Televisyen Brunei (RTB) telah mengadakan Jerayawara "Badudun Bersama Biskita" di One City Sopping Centre, Jalan Utama Salambigar bagi memberi kefahaman dan mempromosikan produk dan perkhidmatan RTB kepada orang ramai.


Hadir di sesi tersebut ialah Awang Mohammad Sofian bin Hj Basri, Pemangku Pegawai Daerah Brunei dan Muara. Turut hadir ialah Pengiran Hj Ismail bin Pengiran Hj Muhammad Kifli, Pemangku Pengarah RTB; pegawai-pegawai kanan, para pegawai serta kakitangan RTB; Pemangku Penghulu Mukim Berakas B dan Pemangku ketua kampung Sungai Hanching.


Jerayawara kali ini telah disokong oleh One City Shopping Centre, Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD), Hamitan Group Brunei, A.Ayam Brunei, Makan Ceria McDonald's Brunei, Indofood Syarikat Aliaa Sdn Bhd, Intracorp Sdn Bhd, Advansse Distribution, The Coffee Bean and Tea Leaf, Incomm, Miniso Brunei, Cuckoo, The Daun dan The Potato Habit.​

Attachments