Projek Jalinan Kasih RTB 1446H / 2025M |           
25 Februari – Radio Televisyen Brunei (RTB) pada tahun ini meneruskan lagi pelaksanaan projek ‘Jalinan Kasih’ buat kali ke-17 dan majlis pelancarannya mengambil tempat di Bangunan Utama, Kompleks Penyiaran RTB Sg. Akar.
Hadir selaku tetamu khas dan seterusnya menyempurnakan penyampaian sijil penghargaan kepada para penyumbang ialah Awang Cheong Chee Keong, Pemangku Pengarah RTB.
Turut sama hadir ialah Ahli Pengurusan RTB, pegawai-pegawai dan kakitangan RTB serta para penyumbang Projek Jalinan Kasih Ke-17.
Pada tahun ini, sebanyak 12 buah syarikat tempatan ikut serta memberikan sumbangan kepada para penerima. Syarikat-syarikat tersebut ialah Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD), Sim Kim Huat Trading Company Sdn Bhd, Radisson Hotel, Makan Ceria Sdn Bhd (McDonald's Brunei), Bahagia Distributors Sdn Bhd, TGT Sdn Bhd, BMC Food Industries Sdn Bhd, Hamitan Group Brunei, Maima Enterprise, Adinin Group of Companies, Indian Association of Brunei dan Darul Trustee Remittance and Services.
Jalinan Kasih ke-17 dimulakan di Daerah Belait dan Tutong. Barangan sumbangan diserahkan kepada 10 buah keluarga (5 buah keluarga di setiap daerah).
| Attachments |
|
|