Projek Jalinan Kasih RTB 1446H / 2025M: Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak-Anak Yatim Di Radisson Hotel |   
    
4 Mac – Projek Jalinan Kasih Ke-17 diteruskan lagi dengan ‘Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak-Anak Yatim’ yang diadakan di Radisson Hotel, Bandar Seri Begawan.
Hadir di majlis tersebut ialah Awang Cheong Chee Keong, Pemangku Pengarah RTB dan Miriam Wobler, Pengurus Am Radisson Hotel.
Sempena bulan Ramadan tahun ini, seramai 20 orang anak-anak yatim dijemput untuk berbuka puasa bersama-sama di majlis yang dihoskan oleh Radisson Hotel Brunei Darussalam dengan kerjasama RTB.
Projek Jalinan Kasih merupakan projek tahunan RTB yang dihasratkan untuk mempromosi dan mendukung usaha kerajaan dalam mewujudkan budaya kehidupan bermasyarakat yang penyayang dan prihatin kepada golongan yang lebih memerlukan.
| Attachments |
|
|