Skip Ribbon Commands
Skip to main content

What's On

IMBASAN: Temasya Sukan RTB Sempena Hari Ulang Tahun Perkhidmatan TV Ke-49 (01/09/2024)


BRUNEI MUARA,  1 September 2024 – Sempena ulang tahun perkhidmatan TV Brunei yang ke 49, Radio Televisyen Brunei (RTB) telah mengadakan acara Temasya Sukan yang bertujuan bagi mengeratkan silaturrahim dalam kalangan warga RTB disamping memupuk kesedaran ke arah gaya hidup yang sihat yang berlangsung di Kompleks Sukan Sungai Kebun.


Hadir menyaksikan dan seterusnya menyempurnakan penyampaian hadiah ialah Awang Cheong Chee Keong, Pemangku Pengarah RTB serta ketua-ketua bahagian RTB.


Antara aktiviti yang diadakan adalah acara perarakan barisan lalu daripada setiap pasukan serta perlawanan yang menguji minda dan ketahanan fizikal 


Aktiviti ini menyaksikan penyertaan sebanyak lima (5) pasukan yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan dari semua bahagian di RTB iaitu:


Bahagian Pentadbiran (Bajarih)

Bahagian Rancangan TV (Ginis)

Bahagian Rancangan Radio (Riuh)

Bahagian Berita dan Hal Ehwal Semasa (Bakarih)

Bahagian Kejuruteraan (Kabal)


Temasya sukan sempena hari ulang tahun perkhidmatan TV Brunei ke 49 tahun ini telah dimenangi oleh Pasukan Bakarih selaku juara. Manakala Pasukan Ginis ditempat kedua dan Pasukan Riuh di tempat ketiga.​

Attachments