Skip Ribbon Commands
Skip to main content

What's On

IMBASAN: Peringkat Akhir Kejohanan Badminton RTB 2024 (03/11/2024)


 

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 November 2024 – Radio Televisyen Brunei telah mengadakan Perlawanan Peringkat Akhir Kejohanan Badminton RTB 2024 yang berlangsung di Pusat Belia, Bandar Seri Begawan.


Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang dan peserta ialah Awang Md Zulkarnain bin Hj Brahim @ Ahmad.

Kejohanan yang berlangsung sejak 1 November 2024 ini menyaksikan penyertaan sebanyak lapan (8) pasukan yang terdiri daripada para pegawai dan kakitangan dari semua bahagian di RTB iaitu:

•⁠  ⁠D3P (Gabungan Bahagian Dasar & Perancangan; Bahagian Pemasaran dan Promosi; Bahagian Penyelidikan dan Perkembangan)

•⁠  ⁠Engineering A (Bahagian Perkhidmatan Teknikal)

•⁠  ⁠Engineering B (Bahagian Siaran & Kawalan Saluran)

•⁠  ⁠Bahagian Rancangan TV A

•⁠  ⁠Bahagian Rancangan TV B

•⁠  ⁠Bahagian Rancangan Radio A

•⁠  ⁠Bahagian Rancangan Radio B

•⁠  ⁠Bahagian Berita dan Hal Ehwal Semasa

Antara Kategori-kateori yang dipertandingkan ialah Beregu Lelaki Terbuka A, Beregu Lelaki Terbuka B, Beregu Veteran (45 Tahun Ke Atas), Beregu Wanita Terbuka dan Beregu Campuran.


Di peringkat akhir, sebanyak 4 pasukan telah berjaya melayakkan diri untuk bersaing bagi merebut gelaran juara iaitu:


1.⁠ ⁠D3P 

2.⁠ ⁠Engineering A

3.⁠ ⁠Bahagian Berita dan Hal Ehwal Semasa

4.⁠ ⁠Bahagian Rancangan TV A


Kejohanan ini telah dijuarai oleh pasukan Engineering A, manakala Bahagian Berita dan Hal Ehwal Semasa ditempat kedua dan Bahagian Rancangan TV A di tempat ketiga.

Attachments