Skip Ribbon Commands
Skip to main content

What's On

Lawatan Pelajar Serangoon Secondary School Singapura ke Kompleks RTB Sg. Akar


RADIO TELEVISYEN BRUNEI (RTB) MENERIMA LAWATAN PELAJAR SERANGOON SECONDARY SCHOOL, SINGAPURA


BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Jun – RTB hari ini menerima lawatan para pelajar dan guru-guru daripada Serangoon Secondary School, Singapura (SSS) yang bertujuan untuk memberi pendedahan tentang sejarah penubuhan RTB serta teknologi penyiaran.


Lawatan yang diadakan di Kompleks Penyiaran RTB Sungai Akar ini melibatkan seramai 30 orang pelajar dan 6 orang guru yang antara lain bertujuan untuk memberi kefahaman tentang peranan utama RTB sebagai media rasmi di Negara Brunei Darussalam.

Selain itu, para pelajar SSS juga berpeluang mengetahui bagaimana RTB mempromosikan kemajuan dan pembangunan di Negara Brunei Darussalam dan menanai warisan budaya serta tradisi negara melalui platform media. 


Sehubungan itu, program lawatan dimulai dengan sesi taklimat mengenai sejarah dan peranan RTB. Sejurus itu, para pelajar seterusnya meninjau ke studio dan galeri Bahagian Berita dan Hal Ehwal semasa dan diikuti dengan lawatan ke studio-studio di Bahagian Rancangan Radio. Tinjauan ini adalah bagi memperlihatkan bagaimana operasi penggambaran, rakaman dan hebahan dibuat di studio-studio berkenaan.

Pengalaman ini diharapkan dapat memahamkan pelajar terhadap aplikasi teknologi terkini dalam bidang multimedia dan penyiaran. Selain itu, secara langsung  lawatan ini memperkukuh pendapat para pelajar dan guru-guru SSS bahawa RTB mampu beradaptasi dengan landskap media yang berkembang dan akan kekal sebagai sumber maklumat, pendidikan dan hiburan yang relevan dan dipercayai.

Attachments