| Kejohanan Boling Antara Kementerian-Kementerian Sempena HPA Ke-32 Tahun 2025 | 
Bersempena dengan Hari Perkhidmatan Awam Kali ke-32 Tahun 2025, Jabatan Radio Televisyen Brunei (RTB) telah diberi kepercayaan untuk menganjurkan Kejohanan Boling Antara Kementerian-Kementerian.
Penganjuran kejohanan ini bukan sahaja bertujuan untuk menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan Warga Perkhidmatan Awam, malah ia juga berperanan sebagai satu aktiviti yang efektif dalam pembangunan pasukan (team building).
Selain itu, kejohanan ini turut diadakan bagi mengukuhkan hubungan silaturrahim dan perpaduan di antara warga perkhidmatan awam dari pelbagai kementerian. Pada masa yang sama, ia juga menjadi platform untuk menyerlahkan bakat dan kemahiran pemain-pemain berbakat daripada setiap kementerian, serta memupuk semangat disiplin, fokus, dan persaingan secara sihat dalam kalangan peserta.
Melalui kejohanan ini, diharapkan agar setiap warga perkhidmatan awam bukan sahaja dapat mengekalkan tahap kecergasan fizikal, malah dapat memperkukuhkan hubungan profesional dan semangat perpaduan antara kementerian.
Untuk mendapatkan Syarat dan Peraturan serta Borang Penyertaan, sila muat turun melalui pautan di bawah:
1. Borang Penyertaan Kejohanan Boling
Bagi sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan boleh menghubungi: Awang Halidi bin Hassan di talian 8620209 atau Awang Haji Muhammad Azizi bin Awang Ahmad di talian 8674621. | | Attachments |
|
|