Bersempena dengan Hari Perkhidmatan Awam Kali ke 33 Tahun 2026, Jabatan Radio Televisyen Brunei (RTB) sekali lagi diberi kepercayaan untuk menganjurkan Kejohanan Boling antara Kementerian-Kementerian.

Selain dari menggalakkan gaya hidup yang sihat, penganjuran kejohanan ini bertujuan sebagai aktiviti yang efektif dalam pembangunan pasukan (Team Building) di kalangan Warga Perkhidmatan Awam.

Melalui kejohanan ini juga, diharapkan agar penyertaan setiap pasukan dari kalangan warga perkhidmatan awam dapat mengekalkan semangat dan minat terhadap sukan boling serta mengekalkan tahap kecergasan fizikal, serta dapat mengukuhkan hubungan profesional dan semangat perpaduan antara kementerian.

 

Sila tekan link di bawah untuk memuat turun

Syarat dan Peraturan:

SYARAT_DAN_PERATURAN_KEJOHANAN_BOLING_HPA_2026.pdf

Borang Penyertaan:

BORANG_KEJOHANAN_BOLING_HPA_2026.pdf