Anugerah Skrin Brunei (ASB) 2026 merupakan sebuah platform pengiktirafan yang meraikan kecemerlangan karya serta bakat kreatif dalam industri kandungan skrin di Negara Brunei Darussalam.

 

Anugerah ini bertujuan untuk mengiktiraf hasil karya berkualiti serta pencapaian penggiat industri kreatif tempatan dalam aspek penceritaan, kreativiti, pengarahan visual dan kemahiran teknikal. Pada masa yang sama, ASB menyediakan ruang bagi mengetengahkan bakat baharu dan profesional, termasuk pembikin filem, penerbit, penulis skrip, sinematografer, pelajar institusi pengajian tinggi serta penggiat kandungan kreatif tempatan.

 

Melalui kategori Muzik Video Terbaik, Filem Pendek IPT Terbaik, Sinematografi Muzik Video Terbaik dan Sinematografi Filem Pendek IPT Terbaik, ASB 2026 dihasratkan dapat menggalakkan penghasilan karya tempatan yang lebih kreatif, inovatif dan berkualiti serta memperkukuh perkembangan industri kandungan skrin Negara Brunei Darussalam.

 

Karya yang dipertandingkan hendaklah telah diterbitkan, disiarkan atau ditayangkan dalam tempoh 1 Januari 2024 sehingga 31 Disember 2025. 

 

Tarikh tutup penyertaan: Sabtu, 31 Oktober 2026.

 

Borang penyertaan & syarat-syarat penyertaan boleh didapati dengan mengimbas QR atau dari laman sesawang rtb www.rtb.gov.bn atau melalui Instagram @unithiburantv.rtb

Sila tekan link untuk memuat turun

Syarat-Syarat Penyertaan: Syarat_Penyertaan_ASB_2026.pdf

Borang Penyertaan: Borang_Penyertaan_ASB_2026.pdf